Kuala Lumpur, 29 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay telah hadir sebagai panel jemputan dalam Forum 360° Sempena Merdeka yang berlangsung di Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa, di sini, semalam.
Forum bertajuk “Keamanan Negara: Tanggungjawab Bersama” turut menampilkan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali Mohd Adnan sebagai panel manakala Ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami bertindak sebagai moderator.
Perbincangan forum menekankan bahawa keamanan negara yang dikecapi pada hari ini adalah hasil pengorbanan pejuang terdahulu serta usaha berterusan semua pihak dalam mengekalkan keharmonian.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh berkenaan tanggungjawab menjaga keamanan bukan hanya digalas oleh pihak berkuasa atau pasukan keselamatan semata-mata, sebaliknya merupakan amanah bersama yang perlu dipikul oleh seluruh lapisan masyarakat.