Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Sri Datuk Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Muhammad Faizal Ab. Razak.
Allahyarham yang berusia 32 tahun dan bertugas sebagai Pengiring Bermotosikal Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Bahagian Keselamatan Istana Negara, Kuala Lumpur meninggal dunia selepas terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja awal pagi tadi.
Semoga roh Allahyarham Koperal Muhammad Faizal Ab. Razak dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.