Ayuh beramai-ramai ke Program MADANI Rakyat (PMR) Peringkat Negeri Kedah 2025 yang akan berlangsung pada:
 
 
    
 Tarikh: 4 hingga 6 September 2025 (Khamis - Sabtu)  
  
Tempat: Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling, Baling, Kedah.  
     Bertemakan “Rakyat Prihatin, Negara Aman, Masa Depan Terjamin", pelbagai aktiviti dan pengisian menarik disediakan untuk para pengunjung.
 
 
    Antaranya ialah diskaun saman trafik Polis Diraja Malaysia sebanyak 50 peratus bagi kesalahan-kesalahan terpilih, pameran perkhidmatan pendaftaran Volunteer Smartphone Patrol, karnival kerjaya, reruai pameran agensi serta jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
 
 
    Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana! 
