Menu

KISAH ANGGOTA UNIT UTK PDRM – BERSAMA MALAYSIAKU

Koperal Mohd Fauzan Ab Rahman, 34, merupakan anggota Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai pasukan elit menangani ancaman pengganas dan jenayah berat. Sebagai salah satu unit paling berprestij dalam PDRM, UTK berperanan dalam operasi berisiko tinggi termasuk menyelamat tebusan, pengiring individu kenamaan, operasi antipengganas serta serbuan terhadap kumpulan jenayah bersenjata.

Setiap anggota UTK menjalani latihan intensif yang merangkumi kemahiran tempur jarak dekat, menembak taktikal, terjun payung, penyelaman serta kepakaran dalam bahan letupan. Latihan berterusan ini memastikan mereka sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan negara.

“Bersama Malaysiaku, demi tanah air tercinta.”

Lawati laman sesawang https://bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my dan nyatakan ekspresi anda bagi menyokong aspirasi BERSAMA MALAYSIAKU.
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS