Menu

KPN ADAKAN LAWATAN KERJA KE KOMPLEKS NARKOTIK, PULAPOL KL

Kuala Lumpur, 8 September 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Narkotik, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL) di sini, hari ini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan sebelum dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat khas mengenai peranan, fungsi dan inisiatif semasa JSJN dalam membanteras jenayah narkotik di negara ini. Taklimat tersebut telah disampaikan sendiri oleh Pengarah JSJN.

Dalam lawatan kerja yang diadakan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga JSJN atas dedikasi serta komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah bagi membanteras sindiket dadah dan seterusnya memperkukuhkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Turut hadir dalam lawatan yang diadakan ialah barisan Timbalan Pengarah Narkotik Bukit Aman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Kamaruzaman Abdullah dan barisan Ketua JSJN kontinjen.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 15 people and text that says '0 Lawalan Keja YDH IG DATO' SRI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL KETUA POLIS NEGARA PLE NOR T 成池 벗라의 തല்ற อ 盗液 AOANAI'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS