Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 10 September 2025 (Rabu).
Sebanyak 1,878 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 14 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 127 kes kemalangan dan peningkatan lima kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.