Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Majlis Perasmian Penutupan National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (NAFSLE) 2025 yang berlangsung di
Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur pada 11 September 2025.
Mendokong tema "Science Meets Justice: Powered by AI", bagi edisi penganjuran kali ke-6 ini menekankan integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang sains forensik moden.
Simposium anjuran
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menjadi wadah tahunan yang menghimpunkan pakar forensik, pegawai penyiasat, ahli akademik dan pengamal undang-undang bagi memperbaharui pengetahuan serta meneroka solusi inovatif berasaskan teknologi.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official