Menu

ARTIKEL PILIHAN: POLIS RAMPAS 3,586KG DADAH MDMA BERNILAI LEBIH RM590 JUTA - KPN

Kuala Lumpur, 17 September 2025 - Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah selepas menyerbu dua makmal haram memproses dadah jenis Ekstasi dalam tiga serbuan di sekitar Kepong membabitkan rampasan bernilai lebih RM590 juta pada 10 September lalu.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, operasi dilaksanakan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dijalankan hasil risikan dan pemantauan rapi di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, operasi bermula jam 8 hingga 11 pagi itu berjaya menahan empat lelaki tempatan berusia 34 hingga 51 tahun.

"Setiap suspek mempunyai peranan masing-masing iaitu koordinator, ahli kimia, pembantu dan pengangkut.

"Tangkapan dibuat hasil serbuan di tiga lokasi berbeza termasuk dua di Taman Perindustrian Kepong dan sebuah kediaman di Dataran Templer, Selangor," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-rampas-3586kg-dadah...

Sumber: Berita Harian

May be an image of 7 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of ‎5 people and ‎text that says '‎PORS PORM NCBASE האק. 黑酒 MAKMAL ส้ำว pr CECAIR MDMA 0/e CAIR OMA‎'‎‎

May be an image of 6 people, car, van and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS