Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PASUKAN ELIT ORANG ASLI DIGERUNI MUSUH

Tidak ramai menyedari bahawa di sebalik keamanan yang dikecapi negara hari ini, terdapat satu Pasukan elit terdiri daripada anak watan Orang Asli yang digeruni musuh sejak zaman darurat lagi.

Pasukan Senoi Praaq yang bermaksud ‘Orang Perang' dalam bahasa Semai, merupakan satu unit penting dalam Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia yang kini terdiri daripada Batalion 3 dan Batalion 18.

Semasa era darurat, kemahiran Senoi Praaq menjadi aset yang amat diperlukan dalam usaha menentang ancaman gerila komunis, malah peranan mereka amat besar dalam operasi keselamatan terpenting dan terpanjang negara iaitu Op Bamboo yang berlangsung dari 1959 hingga 1989.

Kecekapan Pasukan Senoi Praaq dalam mengenal pasti jejak musuh dan melaksanakan operasi di pedalaman hutan adalah antara taktor utama yang menyumbang kepada kejayaan Pasukan keselamatan negara.

Ikuti wawancara bersama Timbalan Pengarah PGA, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, Superintenden Azhar Hj. Hashim yang dijalankan oleh Sinar Harian yang mengupas lebih lanjut mengenai keberanian dan kejayaan Pasukan Senoi Praaq.

May be an illustration of 2 people and text that says 'LAPORAN KHAS PASUKAN ELIT DI SEBALIK keamanan yang dikecapi negara hari ini, ORANG ASLI Orang Asli yang digeruni musuh sejak zaman darurat lagi. terdapat satu pasukan elit terdiri daripada anak watan DIGERUNI penting dalam Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Pasukan Senoi Praaq yang bermaksud Orang Perang dalam bahasa Semai, merupakan satu unit MUSUH daripada Batalion 3 dan Batalion 18. Diraja Malaysia (PDRM) yang kini terdiri 8&9'

May be an image of 2 people and text

May be an image of 8 people and text that says 'Jadi simbol kebangaan Orang Asli Malaysia ecekannti Oleh FARAH SHAZWANI AUI BIDOR semakin hadava nzunakar คอ POLI POL POL Banteras jenayah, pulihara khazanah STATISTIK TAHUNAN BATALION3 (2020 2021 2022 57 RM1,973,744.50 dadah, 2023 kemasukar 56 2024 pen- 41 RM460,061.00 RM5,290,010.10 RM10,106,915.75+ MATA WANG ASING M7,168,824.14 324 JAN- RM24,999,555.40+ MATA WANG ASING TAHUN2025 (JAN2025 RM LAPORAN KHAS Borsopacku Khazanah 37kes rampasan RM5.3 Batallon menjalankar AZHAR termasuk senjata AZHAR POLIS Batalion3 SPUA PGA Sen enal keselamatan ir'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS