Menu

KPN MERIAHKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025

Butterworth, 17 September 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang, di sini, malam tadi.

Sambutan yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu ketibaan Dato' Sri Hj. Mohd Khalid bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk Hjh. Munirah Che Rose telah disambut oleh Ketua Polis Pulau Pinang, CP Ts. Azizee Ismail bersama Pengerusi PERKEP Kontinjen Pulau Pinang, Datin Roslina Mohd Razak.

Tidak ketinggalan menyerikan majlis pada malam tadi ialah isteri PM, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Hj. Ramli Ngah Talib bersama isteri Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow bersama isteri, Puan Tan Lean Kee.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang "Negeri Kita" dan lafaz ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh penerima Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri bersama 61 peserta berbusana tradisional pelbagai kaum diikuti dengan segmen persembahan "Rentak Tradisi Pulau Mutiara" bagi meraikan tetamu-tetamu kehormat yang hadir menyerikan lagi sambutan Hari Malaysia kali ini.

Menginjak usia ke 62 tahun, sambutan Hari Malaysia mengimbau detik bersejarah penyertaan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963. Bertemakan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni", ianya mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat dan perpaduan, menekankan bahawa pembangunan dan kemajuan negara harus dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Kemuncak majlis ialah dengan menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2025 oleh PM, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut berlangsung adalah penyerahan Jalur Gemilang kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang oleh Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Ara, Pulau Pinang untuk dikibarkan dengan diiringi lagu Negaraku.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, Tuan Ahmad Fahmi Fadzil, barisan Jemaah Menteri Persekutuan, Sabah dan Sarawak, pimpinan kerajaan negeri dan pusat serta para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 5 people

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 9 people and text that says 'Sombutan HARI MALAYSIA 2025 16 SEPTEMBER 2025 ORTHARENA ORTH ARENA A CONVENTION CENTRE BUT PULAU PINANO MALAYSIA MALAANT MADANI መተፈላራ tDienin F'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 8 people and dais
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS