Menu

16 PEGAWAI KANAN POLIS TERIMA PEMAKAIAN LENCANA PANGKAT BAHARU

Kuala Lumpur, 26 September 2025 – Seramai 16 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima pemakaian lencana pangkat baharu yang melibatkan tiga Komisioner Polis (CP), dua Deputi Komisioner Polis (DCP), tiga Senior Asisten Komisioner (SAC) dan lapan Asisten Komisioner Polis (ACP), selaras dengan Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis yang diumumkan baru-baru ini.

Majlis Pemakaian Pangkat bagi Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) itu telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, pagi tadi.

Mendahului senarai ialah Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, CP Datuk Zahib Sabari, manakala Pesuruhjaya Polis (PJP) Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah, Timbalan PJP Sabah, DCP Datuk Abdul Rani Alias dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, ACP Tonny Lunggan menerima pemakaian lencana pangkat tersebut di formasi masing-masing.

Berucap dalam majlis tadi, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat, sambil menegaskan bahawa pengiktirafan itu mencerminkan kecemerlangan prestasi dan komitmen tinggi mereka dalam menjalankan amanah.

Beliau turut menekankan bahawa kepimpinan sebenar bukan terletak pada pangkat, tetapi pada kemampuan memberi perkhidmatan terbaik serta membuat keputusan secara adil, berintegriti dan bertanggungjawab.

Tambahnya, fokus tugas perlu selari dengan hala tuju Pasukan serta dasar Malaysia MADANI agar penyampaian perkhidmatan sentiasa berkesan. Dengan permuafakatan dan iltizam jitu, katanya, PDRM akan terus diperkasa sebagai institusi berwibawa, manakala pegawai kanan berperanan membimbing warga pasukan melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi.

Majlis turut dihadiri Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Fadil Hj. Marsus, Setiausaha Polis Malaysia DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan wakil media.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 4 people and text that says 'ക SAC'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS