Menu

POSTING PILIHAN: WAKTU OPERASI TAMBAHAN JPN UNTUK PENGGANTIAN MYKAD


Di bawah inisiatif Kerajaan MADANI, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melanjutkan waktu operasi pada 27 September 2025 (Sabtu), dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Ibu Pejabat Putrajaya serta semua Ibu Pejabat Negeri JPN.

Urusan khas ini dikhususkan bagi penggantian MyKad, termasuk penukaran cip rosak secara percuma bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025.

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI yang diterajui Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan rakyat mendapat akses perkhidmatan yang mudah, selesa dan cekap.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS