Menu

LTDL 2025: TIMBALAN KPN HADIR "FLAG OFF" PERLUMBAAN BERPRESTIJ DUNIA

Langkawi, 28 September 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri Majlis Pelepasan (Flag Off) perlumbaan berprestij dunia Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 di Jalan Padang Matsirat, di sini.

Ketibaan beliau sekitar jam 7.30 pagi di Jalan Padang Matsirat telah disambut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri sebelum bersama-sama hadir ke acara pelepasan yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Encik Abdullah Hassan.

Seramai 164 warga Pasukan yang meliputi 16 pegawai dan 148 anggota JSPT, diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kawalan Lalu Lintas JSPT Bukit Aman, Superintenden Mohd Yatim Osman telah ditugaskan sebagai barisan hadapan bagi memastikan keselamatan para pelumba serta orang awam yang hadir menyaksikan perlumbaan tersebut.

Bagi memastikan acara berjalan lancar dan kekal selamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi JSPT turut menggerakkan pelbagai asetnya bagi membantu sepanjang perlumbaan antaranya, 81 buah motosikal berkuasa tinggi pelbagai model, dua buah lori pengangkut, 16 buah kereta dan tujuh buah van.

Seramai 129 pelumba daripada 22 pasukan termasuk dari dalam dan luar negara, berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 96.5 kilometer yang bermula di Pekan Kuah sebelum mengelilingi seluruh Pulau Langkawi, Kedah.

Turut hadir, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia, Encik Jefri Ngadirin, Ketua Polis Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah, Pengarah Acara di Majlis Sukan Negara, Encik Saiful Sahar, Ketua Pegawai Operasi LTdL, Encik Emir Abdul Jalal dan Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan PDRM RMP TV.

May be an image of one or more people, crowd and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people, people playing football and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 7 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS