Majlis anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia itu menyaksikan peluncuran e-Learning Koreksional iaitu projek perintis pembelajaran maya berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) bagi meningkatkan kompetensi warga kerja jabatan selaras dengan agenda "Prison Reform".
Dalam program sama, turut diluncurkan Buku Sayangi Negaraku, Sederap Memaknai MADANI yang menghimpunkan pencapaian dan reformasi KDN sepanjang dua tahun, termasuk penambahbaikan dasar, pindaan undang-undang serta pendekatan turun padang.
Selain itu, turut diadakan Pengaktifan Skuad Ihsan MADANI KDN bagi membantu mangsa bencana, khususnya banjir, melalui aktiviti pembersihan, gotong-royong dan penyaluran bantuan. Setakat ini seramai 90 sukarelawan telah berdaftar dalam skuad tersebut.
Turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr.
Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Komisioner Jeneral
Penjara, Dato’ Hj. Abdul Aziz Abdul Razak dan barisan ketua jabatan dan agensi di bawah KDN.