Menu

[LTdL 2025] PERINGKAT TIGA: GERIK – PASIR PUTEH

 
Gerik, 30 September 2025 – Peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 menampilkan cabaran luar biasa apabila pelumba memulakan kayuhan dari Gerik menuju Pasir Puteh, Kelantan, merentasi jarak sejauh 198.2 kilometer (km).

Kelancaran perlumbaan kekal terjamin dengan kawalan lalu lintas rapi oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik. Malah tiada sebarang insiden kemalangan dilaporkan dan orang ramai yang menyaksikan perlumbaan turut memberi kerjasama penuh serta mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.

Peringkat kali ini menuntut kekuatan fizikal dan strategi pasukan apabila pelumba berdepan tiga zon pendakian utama iaitu Puncak Titiwangsa (KM132.3), Sri Banding (KM172.2) dan Gerik (KM180.1). Ujian tersebut bukan sahaja menduga stamina, malah ketahanan mental setiap pelumba turut diuji hingga ke garisan penamat.

Esok, peringkat keempat bakal menyaksikan pelumba menempuh laluan sejauh 141.5 km, bermula dari Kuala Terengganu dan berakhir di Kemaman, Terengganu, sekali lagi menguji kekuatan dan strategi mereka.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of 9 people, scooter, motorcycle, crowd and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 2 people, bicycle, road and text

May be an image of 5 people, car and text

May be an image of ‎4 people, motorcycle, scooter, segway, street, road and ‎text that says '‎س 一 C- 代 SUB JB3480 3490 5‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS