Menu

PENGARAH JSJK DAN JSJ HADIRI PERTEMUAN MENTERI KOMUNIKASI DENGAN PIHAK META

Putrajaya, 22 September 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu menghadiri sesi pertemuan khas Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil dengan pihak Meta di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, hari ini.

Pertemuan berkenaan memberi tumpuan kepada isu-isu kritikal melibatkan platform Meta, khususnya Facebook, termasuk aktiviti judi dalam talian, penipuan (scam), penyebaran berita palsu, kandungan berunsur 3R (Agama, Kaum, Institusi Diraja) serta penjualan produk terlarang seperti cecair rokok elektronik yang mengandungi dadah.

Setakat 19 September 2025, sebanyak 168,774 permohonan penurunan kandungan dikemukakan kepada Meta bagi platform Facebook, termasuk 120,127 berkaitan judi dalam talian. Namun, 37,722 kandungan masih gagal diturunkan.

Statistik JSJK Polis Diraja Malaysia turut merekodkan 18,128 kes penipuan e-dagang di Facebook, Instagram dan WhatsApp pada separuh pertama 2025, melibatkan kerugian kira-kira RM248 juta.

Walau bagaimanapun, pihak Meta memberi jaminan akan mempertingkatkan usaha dan kerjasama bagi memastikan kandungan yang menyalahi undang-undang dapat ditangani dengan lebih efektif.

Pertemuan tersebut turut disertai para pegawai kanan dan wakil kementerian serta agensi.

Sumber: Fahmi Fadzil

May be an image of text that says 'KENYATAAN MEDIA Bagaimanapun memberi MENTERI ditangani efektif. mempertingkatkan menyalahi - dapat DALAM UNTUK SIARAN SEGERA SEPTEMBER 2025 Suruhanjaya Pengarah mengadakan pertemuan Kerajsan melindungi menyakat daripada kandungan pejabat sekali Mesyuarat Diraja undang-undang derkompromni dalarn enayah Kewangan Nasianal (NFCC) Pertemuan memberi kesetamatan Kementerian memperkukuh kandungan Agensi Reselamatan Siber langkah cmantauan, tidak agensi-agensi kritikal membabitkan platform Meta, Setakat pangualkuasaan akan tindakanı lanjut FAHMI FADZIL dadah). 2025, sejumlah kepada platforn tertinggi. permohonan penurunan menjadikan Facebook ersebut. MADANI 120,127 adalah berkaitan diturunkan berlegar dalam Berdasarkan Faoeboak, sekali diturunkan. menimbulkan JSJK PORM, penipuan e-dagang RM248 tiga platform Mota melndungi memberikar erjasama sepenuhnya jenayah yang'

May be an image of 9 people and text that says 'MEETING WITH META TINGWITHMETAREGARDING A REGARDING INAPROPRIATE CONTENTS ON THE PLATFORMS (Facebook, PLATFORMS(Facebook,Instagram, Instagram, WhatsApp, and Threads) ーンー 10'

May be an image of 8 people, newsroom and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS