Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Meru, Ibu Pejabat
Polis Daerah Klang Utara, Sarjan Mejar Mohd Sharil Abdul Hamid melakukan kerja-kerja pembersihan di Pekan Meru, Klang, Selangor sempena Program Earth Warrior (Program Pembersihan Komuniti) anjuran Great Heart Charity Association.
Kerja-kerja pembersihan itu turut dihadiri oleh penganjur, Dato' Tan Wing Chong bersama barisan ahli Great Heart Charity Association.
Penyertaan aktif dari pihak polis ini bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan komuniti, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara Polis Diraja Malaysia dan masyarakat sejajar dengan tema "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada."