Menu

TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KP ATOM MALAYSIA


Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Tenaga Atom Malaysia (Atom Malaysia) di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi ini.

Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (KP) Atom Malaysia, Puan Monalija Kostor itu bagi membincangkan peranan PDRM dan Atom Malaysia, mengawal selia industri besi lusuh serta pematuhan lesen bahan radioaktif termasuk kawalan sekuriti nuklear dalam acara berskala besar bagi tujuan keselamatan awam dan negara.

Perbincangan turut menekankan kolaborasi kedua-dua pihak dalam bidang latihan kepakaran sekuriti nuklear dan perolehan aset melibatkan Radiation Detection Equipment (RDE) dalam menyokong pembangunan dan keselamatan program kuasa nuklear di Malaysia.

Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, DCP Redzuan Abd Hamid, Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Mohd Taufik Toh Abdullah, Timbalan Penolong Pengarah (Wildlife Crime Bureau), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 13 people and text

May be an image of 2 people, dais and text that says 'BUKIT BUKITAMAN ΑΜΑΝ - KER MALAYSIA DIRAJA POLIS ม ማዜያ'

May be an image of 2 people and text

May be an image of 9 people and text that says '越 IBU PEJABAT POLIS ISDIRAJAMALAYSIA DIRAJA POLISDIRAJAM DIR MALAYSIA AYSIA MAL BUKIT AMAN 1mat OONTPNGL 2H0 無取限版'

May be an image of 10 people, newsroom and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS