Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS BONGKAR TAKTIK SINDIKET CAMPUR CECAIR DADAH DALAM MINUMAN

 
Kuala Lumpur, 30 September 2025 - Memasukkan cecair disyaki dadah jenis bunga Ganja ke dalam minuman, sebelum dijual ke pasaran dengan harga antara RM100 hingga RM300.

Itu taktik terbaharu sindiket dadah yang memproses bahan terlarang itu untuk dicampurkan ke dalam botol minuman dan bekas makanan, selain katrij vape sebelum dijual ke pasaran gelap.

Lebih membahayakan sindiket dipercayai menggunakan produk ternama dan terkenal di pasaran bagi menarik golongan remaja, sekali gus mengaburi mata pihak berkuasa.
Difahamkan, nilai Ganja berbentuk bunga itu jauh lebih tinggi berbanding jenis mampat menyebabkan ia kini menjadi pilihan sindiket pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, penyeludupan bunga Ganja dikenal pasti sebagai satu trend baharu yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, bunga Ganja mengandungi kandungan THC yang lebih tinggi sekali gus menghasilkan kesan khayal lebih kuat berbanding daun Ganja biasa.

“Dalam tempoh tiga tahun, nilai rampasan mencecah jutaan ringgit. Ini kerana harga bunga Ganja boleh mencecah 30 kali ganda lebih mahal berbanding Ganja mampat.
“Antara pertengahan Julai hingga Ogos lalu, JSJN berjaya merampas 220.82 kilogram bunga Ganja dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut melaporkan beberapa rampasan besar tahun ini.

“Perkembangan itu jelas menunjukkan bahawa sindiket dadah semakin menjadikan bunga Ganja sebagai produk utama pasaran gelap,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS