Menu

LTdL 2025: JSPT CEMERLANG SEMPURNAKAN TUGAS DI KEJOHANAN ANTARABANGSA

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2025 – Bermula dengan pelancaran di Langkawi pada 29 September lalu sehingga melabuhkan tirai di ibu negara hari ini, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sekali lagi membuktikan kecekapan dan profesionalisme tinggi dalam memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pelumba sepanjang lapan hari penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025.

Edisi kali ini yang disertai 22 pasukan bertaraf antarabangsa menyaksikan kemuncak penuh bergaya di garisan penamat berhampiran Menara Berkembar Petronas (KLCC) petang tadi. Ketibaan pelumba dan petugas telah diraikan oleh Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri yang hadir menyempurnakan penutupan rasmi kejohanan berprestij tersebut.

Peringkat kelapan yang menutup tirai perlumbaan sejauh 180.2 kilometer bermula di Dataran Ledang, Tangkak, Johor menampilkan tiga zon pecutan di Alor Gajah, Seremban dan Semenyih selain dua pendakian mencabar di Setul (276m) dan Bukit Hantu (340m). Penugasan lapangan diketuai oleh Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin bersama Superintenden Mohd Yatim Osman, yang memastikan perjalanan perlumbaan berjalan lancar hingga ke garisan penamat.

Kejayaan pengurusan trafik di setiap peringkat mencerminkan komitmen tinggi seluruh pegawai dan anggota JSPT dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, sekali gus mengangkat imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) di persada antarabangsa sebagai pasukan yang unggul, cekap dan berdisiplin.

PDRM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, khususnya pengguna jalan raya, atas kerjasama dan sokongan padu yang diberikan sepanjang kejohanan berlangsung.

Tanpa kerjasama erat masyarakat, kejohanan berprestij bertaraf antarabangsa ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga kita bertemu lagi dalam edisi LTdL yang akan datang.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 11 people, scooter, motorcycle and text

May be an image of 7 people, scooter, motorcycle and text

May be an image of 1 person, bicycle, crowd and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS