Sederap selangkah bakal menggegarkan dataran keramat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur (KL).
Jangan lupa saksikan secara langsung Majlis Konvokesyen yang bakal disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pada 9 Oktober 2025 bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, PULAPOL KL menerusi Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia.
Manakala, untuk Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Bilangan 13 Siri 1 bagi Tahun 2025 akan disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pada 10 Oktober 2025 bertempat di Dataran Kawad, PULAPOL KL.