Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 13 LELAKI DIDAKWA JADI AHLI KUMPULAN JENAYAH

Sepang, 9 Oktober 2025 - Seramai 13 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Captain Praba’ sejak Disember 2023 hingga 11 September lalu.

Mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 adalah M Lavindran, 27; M Meganathan, 37; M Tinesh, 20; K Utayaragu, 29; M Thinesh, 31, dan S Jeevan, 19. Turut didakwa adalah J Sangaranarayanan, 28; P Joshua, 35; M Devindran, 25; M Nokarju, 29; S Tivagaran, 22; S Logeswaran, 26, dan D Vijayakumar, 36.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othnian dalam bahasa Tamil kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan dibacakan secara berasingan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Captain Praba.

Kesalahan itu dilakukan di ladang kelapa sawit di Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat pada Disember 2023 hingga 11 September lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, slow loris and text that says '13 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah Geng Captain Praba dituduh lakukan kesalahan ladang sawit antara Disember 2023 hingga 11 September Hidayah Bahaudin Sepang: lelaki didak- September Pertuduhan dibuat mengikut Kesek- isember ta. anaah Kunyala tertudu diwakili ti- eguam. បនរ្កូែរ Nokarju, membenarkan hadanan dalam Sebahuolan ผทนมิงโด sepang, semalam. ae. herter kuasa Difalamkan, lebih anggota menbawa] dibawe Mahkamah Sesveri (Foto SaifullizanT TamadiBHn pegawai dalam untungan dilakukan or kemudian membe- kes setakat melaporkan dua vang Khalid Temall dilaporkan Keluarga Jenjarom. lelaki Langat embilan, ketat de- Pinangg តតចានិ setualau mengejar i cTaлaHR diketuai le-'



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS