Menu

HEBAHAN: NASIHAT PERJALANAN SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN DAN PERBARISAN TAMAT LATIHAN INSPEKTOR PELATIH PULAPOL KL

Sempena Majlis Konvokesyen dan Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL), orang awam khususnya pengguna jalan raya di sekitar kawasan PULAPOL KL dinasihati merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kelancaran trafik.

Majlis Konvokesyen akan berlangsung pada 9 Oktober 2025 (Khamis) di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, manakala Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Pelatih Bilangan 13 Siri 1 bagi Tahun 2025 diadakan pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) di Dataran Kawad, PULAPOL KL.

Ahli keluarga pelatih disaran hadir awal, berkongsi kenderaan, mematuhi arahan petugas dan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesulitan.

Ikuti laman rasmi Facebook Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur untuk maklumat terkini.

 
 
 


May be an image of text that says 'PULAPOL Pire วังคกนน KUALA KUALALUMPUR HEBAHAN PERBARISAN TAMAT LATIHAN MAJLIS KONVOKESYEN& & PROGRAM LATIHAN ASAS KEPOLISAN INSPEKTOR PELATIH BIL. 13 SIRI 1/2025 PUSAT LATIHAN POLIS KUALA LUMPUR'



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS