Dalam era digital yang semakin kompleks, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh benteng keselamatan siber negara dengan pelbagai reformasi undang-undang dan pelaksanaan bersepadu. Pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) memperkasakan kuasa polis untuk menyiasat, menyita dan membekukan akaun berkaitan dengan jenayah siber serta transaksi kewangan mencurigakan.
Rang Undang-undang Jenayah Siber sedang digubal bagi menyesuaikan perundangan negara dengan bentuk jenayah digital baharu yang kian rumit dan rentas sempadan selain National Scam Response Centre (NSRC) kini diperkukuh bawah kawal selia KDN dan diterajui Polis Diraja Malaysia, beroperasi 24 jam untuk memberikan tindak balas segera kepada kes penipuan dalam talian.
Langkah-langkah ini membuktikan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk melindungi rakyat daripada ancaman jenayah siber, di samping memperkukuh keyakinan tentang keselamatan digital negara.