Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PERKASA FASILITI, KEUPAYAAN PDRM

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima pelbagai peruntukan baharu menerusi Belanjawan 2026 bagi memperkukuh aset, fasiliti dan keupayaan penyiasatan digital pasukan itu dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa.

Sejumlah RM1 bilion diperuntukkan bagi menyelenggara dan membeli aset baharu untuk PDRM dan badan beruniform di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Perolehan itu termasuk 100 kenderaan pacuan empat roda (4X4) untuk kegunaan risikan dan operasi PDRM, selain empat bot ronda Fast Patrol Vessel bagi Pasukan Polis Marin.

Daripada RM1.5 bilion yang diperuntukkan untuk pembinaan dan naik taraf fasiliti baharu badan beruniform, beberapa projek turut membabitkan fasiliti milik PDRM.
la termasuk pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak. Balai Polis Lawin di Gerik, Perak, bangunan tambahan Batalion 23 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sri Aman, Sarawak dan tiga pos baharu PGA masing-masing di Sungai Nibong, Sungai Banting serta Sekinchan, Selangor.

Belanjawan 2026 turut memperkasa peranan Jabatan Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak bagi menangani jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber.

Sejumlah RM20 juta diperuntukkan untuk memodenkan sistem dan meningkatkan kepakaran forensik digital, selain menubuhkan Unit Sains Tingkah Laku yang berperanan menganalisis pola tingkah laku dan profil jenayah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of jeep and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS