Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM JAMIN SEKOLAH MASIH SELAMAT

Kuala Lumpur, 15 Oktober 2025 - Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, memberi jaminan sekolah di seluruh negara masih lagi berada dalam keadaan selamat untuk anak.

Beliau berkata, walaupun terdapat laporan kes buli serta keganasan fizikal dan seksual yang mendapat perhatian umum, kes sedemikian masih lagi kecil berbanding jumlah institusi pendidikan itu, termasuk bilangan pelajar dan guru.

Malah, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri sentiasa berusaha memastikan keadaan di sekolah selamat dan terjamin untuk semua pihak.

“Jika dilihat secara keseluruhan, sekolah di negara ini masih lagi selamat. Kita mempunyai lebih 10,000 sekolah dengan ratusan ribu pelajar dan lebih 400,000 guru.

“Malah, PDRM juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan keselamatan (di sekolah) terjamin. Namun, kita tidak menolak kemungkinan pendedahan di media sosial boleh mempengaruhi tindakan individu atau pelajar tertentu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Kempen Anti Buli di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.


May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS