Buli siber bukanlah gurauan atau hiburan. Ia boleh menjejaskan emosi, menjatuhkan maruah serta mengancam keselamatan mangsa sehingga meninggalkan kesan trauma yang berpanjangan.
Budaya buli siber bukan sahaja memberi kesan buruk kepada individu, malah turut menggugat keharmonian masyarakat. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membanteras gejala ini.
Dengan kesedaran bersama dan tindakan bersepadu, kita mampu menghentikan amalan buli siber serta mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat, sihat dan sejahtera untuk semua.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: