Kuala Lumpur, 16 Oktober 2025 - Penggunaan media sosial secara tidak terkawal semakin menunjukkan kesan negatif terhadap perkembangan emosi, sosial dan moral dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.
Profesor Dr. Novel Lyndon dari Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, pendedahan awal dan penggunaan berlebihan tanpa kawalan boleh memberi kesan buruk terhadap cara mereka berfikir, berperilaku dan berinteraksi dengan masyarakat.
“Saya setuju dengan pernyataan Ketua
Polis Selangor, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar yang menyebut bahawa pengaruh media sosial mungkin salah satu faktor utama dalam insiden tikam membabitkan pelajar lelaki semalam.
“Isu ini perlu ditangani dengan serius kerana media sosial kini memainkan peranan besar dalam kehidupan remaja dan kesannya terhadap emosi serta tingkah laku mereka tidak boleh diabaikan,” katanya.
Katanya, kanak-kanak dan remaja kelompok yang masih membentuk identiti diri.
“Dalam fasa ini, mereka mudah dipengaruhi oleh apa dilihat dan didengar di media sosial, terutama kandungan bersifat agresif atau tidak sesuai dengan usia,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.