Menu

VIDEO PILIHAN: DEMI TUGAS DAN KEMANUSIAAN



Tindakan pantas dan penuh empati dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas iaitu Koperal Mohd Zulhairee Mohd Nor dan Koperal Azman Ahmad @ Abdullah wajar dipuji apabila mereka segera membantu sebuah keluarga warga Thailand yang mengalami kerosakan kenderaan semasa membuat rondaan di sekitar Rantau Panjang, Kelantan, kelmarin.

Atas keprihatinan dan faktor keselamatan, kedua-dua anggota MPV berkenaan menolak kenderaan tersebut ke lokasi lebih selamat, sekali gus membantu melancarkan aliran trafik di kawasan berkenaan.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS