Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PERSIAPAN SUDAH 90 PERATUS SIAP



Kuala Lumpur, 21 Oktober 2025 - Malaysia melaksanakan pelbagai persiapan sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan kelancaran acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, khususnya dari segi keselamatan bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengerahkan 10,170 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, meliputi aspek kawalan keselamatan individu kenamaan, lokasi persidangan, penginapan delegasi, kawalan lalu lintas serta pemantauan dan risikan.

Beliau berkata, tumpuan khusus turut diberikan terhadap keselamatan pemimpin utama dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Perdana Menteri China Li Qiang, pemimpin kanan Russia dan pemimpin ASEAN lain.

Katanya, turut menjalin kerjasama strategik dengan agensi keselamatan antarabangsa dan serantau, termasuk pertukaran maklumat risikan dan penilaian ancaman dilakukan bersama secara berterusan bagi memastikan setiap kemungkinan dapat ditangani secara proaktif.

“Secara keseluruhan, persiapan sudah mencapai tahap sekitar 90 peratus, meliputi aspek elemen keselamatan yang sudah disusun dan bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan operasi di lapangan. la meliputi perancangan taktikal dan penugasan anggota di semua lokasi utama yang sudah dimuktamadkan dan siap sepenuhnya.

“Bagi koordinasi bersama agensi keselamatan, penyelaras logistik dan pihak protokol pula berjalan lancar dan berada dalam keadaan optimum,” katanya kepada BH, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS