Putrajaya, 18 Oktober 2025 - Larangan penggunaan telefon pintar dan media sosial bagi mereka yang berusia bawah 16 tahun adalah antara tiga cadangan Kabinet dalam usaha menangani isu keselamatan dan sosial, termasuk kes buli dalam kalangan pelajar yang semakin membimbangkan.
Dua lagi cadangan meliputi peningkatan pemantauan keselamatan di sekolah dan penambahbaikan kandungan pendidikan yang menekankan nilai dan akhlak.
Perdana Menteri (PM), Datuk Seri
Anwar Ibrahim, berkata Kabinet memperuntukkan masa yang panjang dalam mesyuarat semalam membincangkan isu pendidikan dan masalah disiplin pelajar yang membimbangkan ibu bapa dan masyarakat.
“Dalam hal seperti ini, kita tidak boleh ambil tindakan tergesa-gesa, ia kena teliti tetapi ada beberapa langkah boleh dilaksanakan segera,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, Presint 5, di sini semalam.
Beliau berkata, penelitian langkah mengehadkan penggunaan telefon pintar bagi pelajar bawah 16 tahun itu susulan kebimbangan terhadap pengaruh media sosial dan permainan dalam talian yang boleh mencetuskan tingkah laku negatif.
PM juga berkata, polis dan
Kementerian Dalam Negeri pula diminta memberi keutamaan kepada pemantauan rapi bagi meningkatkan keselamatan di sekolah.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.