Menu

POSTING PILIHAN: HAMPIR 9,000 PETUGAS PDRM HADIR TAKLIMAT PENUGASAN SEMPENA 47th ASEAN SUMMIT AND RELATED SUMMIT



Kuala Lumpur, 18 Oktober 2025 - Hampir 9,000 petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir taklimat penugasan sempena 47th ASEAN Summit and Related Summit di Bangunan Hangar Terbuka (Bekas PGU), Perkarangan Hangar, Bandar Malaysia, Kuala Lumpur, petang tadi.

Taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan/Operasi) Bukit Aman, CP Dato’ Fisol Salleh yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus.

Petugas yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis dari Kontinjen Kuala Lumpur, Bantuan Sumber Manusia daripada kontinjen luar, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur dalam memastikan perjalanan sepanjang 47th ASEAN Summit and Related Summit berjalan dengan baik tanpa sebarang insiden.

Dato’ Fisol dalam ucapannya menekankan kepentingan membuat persiapan rapi dari segi fizikal, mental dan logistik, serta melaksanakan amanah dengan penuh komitmen, disiplin dan integriti sepanjang penugasan bagi memastikan pematuhan undang-undang dan keselamatan negara sepanjang persidangan berlangsung.

Beliau turut mengingatkan para petugas agar sentiasa menjaga keselamatan diri, penampilan diri, serta nama baik pasukan, demi mengekalkan imej profesionalisme PDRM di mata masyarakat dan rantau ASEAN.

Sumber: Polis Kuala Lumpur










No photo description available.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS