Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT HADIR MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN PERTAMA AKPS



Putrajaya, 18 Oktober 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Setia Perkasa 3, Kompleks Setia Perkasa, di sini semalam.

Ia telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah (KP) AKPS, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN dan bekas KP AKPS, Dato' Sri Hazani Ghazali.

Penganjuran majlis ini bertujuan menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan warga AKPS dalam memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara di samping mempertingkatkan profesionalisme, integriti serta semangat kerjasama dalam kalangan pegawai.

 
 
 
 
 
 
 







May be an image of one or more people and text







PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS