Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay hadir merasmikan Majlis Penutup Program Hari Keluarga Jelajah Wira MADANI peringkat Briged Tengah
Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung meriah di
Batalion 4, PGA, Semenyih.
Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa Program Jelajah Wira Madani merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi menghargai jasa wira negara termasuk polis, tentera, bomba dan agensi keselamatan lain, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan kerjaya, nilai kemanusiaan dan semangat kebersamaan warga Sang Saka Biru.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official