Sempena Sidang Kemuncak ASEAN SUMMIT ke-47, beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat mulai 23 hingga 28 Oktober 2025 bagi tujuan persiapan serta pelaksanaan acara tersebut.
Penutupan jalan akan bermula dari 23 hingga 25 Oktober 2025 (Khamis hingga Sabtu) bagi Persiapan dan “Dry Run”, manakala dari 26 hingga 28 Oktober 2025 (Ahad hingga Selasa) pula bagi Hari Utama (Rolling Closure), antara 8.00 pagi hingga 7.00 malam (mengikut keperluan). Semua laluan akan dibuka seperti biasa pada 29 Oktober 2025 (Rabu).
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan trafik, dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi melancarkan pergerakan serta menjaga keselamatan bersama.
#21102025