Kota Bharu, 22 Oktober 2025 - Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan RM1.5 bilion bagi pembinaan tembok sempadan di Kelantan-Thailand bertujuan mengekang penyeludupan dan mempertahankan kedaulatan negara di sempadan.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara baru-baru ini.
“Peruntukan dilulus untuk membina tembok dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sudah melakukan lawatan di sempadan.
“Bagi kawasan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok akan ditambah pagar.
“Bagi kawasan terbuka bakal dibina tembok dan projek berkenaan dijangka dilakukan pada masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.