Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2025 di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.
Dalam istiadat tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan DKPP kepada 109 warga PDRM.