Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TOKAN DADAH REKRUT REMAJA JADI PENGEDAR



Kota Bharu, 23 Oktober 2025 - Polis Kelantan mendedahkan tokan dadah kini dikesan menggunakan taktik baharu dengan menunjukkan kemewahan kepada remaja dalam usaha merekrut mangsa untuk dijadikan "pusher” atau pengedar kecil-kecilan.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya mempunyai maklumat berkaitan perkara berkenaan.

“Situasi sekarang remaja jadikan tokan dadah sebagai idola kerana teruja dengan kemewahan ditunjukkan kumpulan berkenaan.

“Itu sebenarnya taktik tokan dadah, mereka akan tunjukkan gaya hidup mewah, tunjuk kereta mewah dan rumah besar berjuta-juta. Selepas itu tokan dadah ini akan tarik remaja berkenaan untuk dijadikan "pusher" atau pengedar kecil-kecilan.

“Ini yang kita bimbang dan akan berusaha mencegah supaya kumpulan remaja ini tidak terjebak dengan kegiatan dadah,” katanya ketika berucap merasmikan Program Citra Remaja Unggul di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of one or more people and text


 
 
 
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS