Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia turun padang meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan petugas keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 23 Oktober 2025 sempena raptai persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Oktober ini.
Tinjauan hampir satu jam yang dilakukan itu meliputi kawasan sekitar KLCC termasuk laluan pergerakan utama yang akan digunakan oleh para delegasi dan tetamu kenamaan semasa persidangan berlangsung.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV