Menu

KPN BERSAMA PUCUK PIMPINAN PDRM HADIR MAJLIS PEMBUKAAN SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadiri Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pagi tadi.

Sidang kemuncak berprestij ini dihoskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi ASEAN 2025 yang menghimpunkan pemimpin utama dunia dan kerajaan, pemimpin kanan Rusia serta pemimpin tertinggi negara-negara ASEAN, termasuk Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn.

Dalam majlis bersejarah itu, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid bersama para pemimpin ASEAN turut menyaksikan upacara menandatangani Deklarasi Kemasukan Republik Demokratik Timor-Leste ke dalam ASEAN, menandakan satu lagi detik penting dalam sejarah organisasi serantau tersebut.

Langkah ini sekali gus membuka lembaran baharu dalam sejarah ASEAN, memperkukuh perpaduan serantau serta memperluas kerjasama strategik merentasi pelbagai bidang termasuk keselamatan, ekonomi dan pembangunan sosial.

Keterlibatan PDRM dalam menjayakan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 amat signifikan melibatkan penugasan berskala besar yang merangkumi pelbagai aspek seperti pengurusan keselamatan, kawalan trafik dan ketenteraman awam. Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi PDRM dalam memastikan kelancaran serta keselamatan acara bertaraf antarabangsa tersebut.

Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu dan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) Bukit Aman, CP Dato' Fisol Salleh.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text that says '47ASERNSUMMIT 47 ASEAN SUMMIT AND NDRELATEDSUMMITS RELATED SUMMITS DRP SP% EUBIN L TOA'

May be an image of one or more people and text




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS