Kuala Lumpur, 24 Oktober 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuh rondaan di kawasan sekolah seluruh negara bagi memastikan keselamatan pelajar dan warga pendidik sentiasa terjamin.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk melaksanakan rondaan berkala oleh unit rondaan, risikan jenayah dan pasukan pemantauan khas.
"Saya sudah mengarahkan semua Ketua Polis Negeri supaya mengadakan rondaan dan jika perlu masuk ke kawasan sekolah sekitar satu hingga lima minit untuk memastikan keselamatan menggunakan kereta ronda serta unit pemantauan. Kita akan laksanakan.
"PDRM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan memang ada mesyuarat dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.