Melaka, 25 Oktober 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menghadiri Majlis Penutupan Pemukiman Jenayah Siber Antara Agensi 2025 (Inter-Agency Retreat On Cybercrimes 2025) yang diadakan di Hotel Casa Del Rio, Jalan Kota Laksamana, di sini petang tadi.
Kehadiran Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bukan sahaja mencerminkan komitmen tinggi Polis Diraja Malaysia, malah memperlihatkan keazaman berterusan dalam membanteras jenayah dalam talian, khususnya melibatkan kesalahan buli siber, penipuan, perjudian, eksploitasi seksual kanak-kanak serta penyalahgunaan kandungan digital.
Program yang turut menjadi platform penting bagi agensi-agensi terlibat untuk mengenal pasti cabaran semasa serta merangka pendekatan bersama dalam memperkukuh mekanisme penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan tindakan strategik terhadap ancaman siber di peringkat nasional serta antarabangsa.
Yang turut hadir, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Dzulkhairi Mukhtar, Timbalan Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman dan Timbalan Pengarah
Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar.