Menu

VIDEO PILIHAN: POLIS IPD TAIPING REDAH SUNGAI BANTU PINDAHKAN MANGSA BANJIR KE PPS



Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bersama agensi penyelamat lain telah membantu memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Sungai Relong Kamunting serta beberapa kawasan sekitar daerah Taiping, Perak, semalam.

Semasa operasi menyelamat, petugas terpaksa meredah arus sungai dan laluan yang dinaiki air demi memastikan penduduk terperangkap dapat dibawa keluar menggunakan bot dengan segera.

Mangsa yang terlibat telah ditempatkan di 17 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjamin.

Sumber: Polis Daerah Taiping


 
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS