Shah Alam, 28 Oktober 2025 -
Polis Selangor menjalankan pemeriksaan mengejut di 79 asrama sekolah harian dan sekolah berasrama penuh dalam usaha pencegahan, pemulihan isu disiplin dan keselamatan pelajar.
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata, pemeriksaan itu dilakukan secara rawak bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat serta bebas daripada gejala tidak sihat.
Katanya, setakat ini, tiada isu besar dikesan, namun langkah itu menunjukkan komitmen polis mencegah sebelum berlaku insiden boleh menjejaskan keselamatan pelajar dan sekolah.
“Menjaga keselamatan sekolah bukan hanya tanggungjawab guru semata-mata, tetapi tanggungjawab bersama seluruh masyarakat.
“Kita mahu anak berasa selamat, yakin dan dihormati agar mereka dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran serta membina masa depan yang baik,” katanya dalam Program Perhimpunan Pagi Sekolah bersama Ketua Polis Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.