Menu

PIC OF THE DAY: WARGA IPD BALING LAKSANA OPERASI MENYELAMAT MANGSA BANJIR



Baling, 28 Oktober 2025 – Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling telah melaksanakan operasi menyelamat susulan paras air di beberapa kawasan di Kuala Ketil naik mendadak, sekali gus menyebabkan penduduk terputus bekalan makanan dan akses jalan utama.

Operasi diketuai oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, DSP Ahmad Salimi Md Ali bersama-sama anggota Balai Polis Kuala Ketil, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Penduduk dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan memantau paras air dan menghubungi Balai Polis Kuala Ketil atau Bilik Gerakan IPD Baling sekiranya berlaku peningkatan air atau kecemasan.









No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS