Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS MENTERI KOMUNIKASI



Putrajaya, 27 Oktober 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil di pejabat rasminya, di sini, petang tadi.

Kunjungan ini menjadi landasan penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara JSJN dan Kementerian Komunikasi, khususnya dalam memperhebat tindakan memerangi ancaman pengedaran serta penyalahgunaan dadah di ruang siber yang semakin kompleks.

JSJN kekal komited melaksanakan strategi risikan siber berteknologi tinggi serta memperkukuh jaringan kerjasama bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, CyberSecurity Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Interpol dalam usaha mengekang kegiatan sindiket dadah atas talian.

Turut hadir, para pegawai kanan JSJN.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

 
 
 
 
 
 
 







PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS