Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PEGUAM NEGARA



Putrajaya, 27 Oktober 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan mengadakan kunjungan hormat ke atas Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar di pejabat rasmi beliau, di sini, pagi tadi.

Pertemuan tersebut menjadi platform penting bagi membincangkan dan memperincikan pelbagai isu perundangan serta pelaksanaan undang-undang di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 termasuk aspek analisis makmal, pendakwaan dan garis panduan tindakan terhadap kes melibatkan anggota penguat kuasa.

Kunjungan hormat ini turut menzahirkan komitmen berterusan JSJN dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama Jabatan Peguam Negara ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan usaha memerangi jenayah dadah di negara ini.

Turut hadir, beberapa pegawai kanan daripada kedua-dua jabatan.







PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS