Gombak, 28 Oktober 2025 – Pertemuan antara Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan bersama Pakar Perunding Kanan Patologi, Hospital Selayang selaku Ketua Kepakaran Patologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, Dr. Tengku Norita Tengku Yazid semalam, bagi memperkukuh kerjasama strategik dan kolaborasi teknikal antara kedua-dua pihak.
Kerjasama itu memberi tumpuan kepada aspek analisis saintifik dan pengesanan bahan terlarang bagi menyokong siasatan kes dadah, di samping memperkukuh perkongsian kepakaran antara agensi ke arah memastikan ketepatan dan integriti hasil siasatan forensik narkotik.
Hadir sama, Pakar Patologi Kimia dan Ketua Unit Makmal Dadah & Toksikologi Hospital Kuala Lumpur, Dr. Nor’ashikin Othman, Pegawai Sains Kanan Kimiahayat, Makmal Dadah & Toksikologi Hospital Kuala Lumpur, Dr. Norlida Harun, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali dan Timbalan Pengarah Narkotik (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), JSJN Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din.