Kuching, 28 Oktober 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melangkah ke fasa baharu dalam usaha memerangi keganasan, dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh siasatan, pemulihan dan pemantauan aktiviti ekstremisme di ruang siber.
“Banyak lagi jabatan dalam PDRM akan beralih kepada penggunaan AI untuk membantu siasatan, pemulihan dan pemantauan di alam maya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbincangan tertutup mengenai penerbitan buku khas berhubung pencegahan keganasan di sini, malam tadi.