Kuala Lumpur, 29 Oktober 2025 - Menjadikan kawasan parkir sebagai lokasi jual beli dadah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Namun taktik sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang itu berjaya dipatahkan polis, susulan penahanan pasangan kekasih, Sabtu lalu bersama bunga Ganja seberat 18.5 kilogram (kg) bernilai RM553,500.
Ketua
Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Fadil Hj. Marsus berkata, pasangan berusia 47 tahun dan 56 tahun itu ditahan pasukan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur pada 3.20 petang, selepas mengesan mereka dalam keadaan mencurigakan di kawasan parkir sebuah kondominium di Jalan Klang Lama di sini.
“Suspek adalah warga tempatan disyaki berperanan sebagai "runner" sindiket. Pemeriksaan ke atas kereta jenis Proton Exora dinaiki pasangan itu menemui bunga Ganja, yang mana dadah itu boleh dibekal kepada kira-kira 37,000 pengguna,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, ujian saringan air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dadah, manakala suspek pertama (lelaki) mempunyai dua rekod lampau membabitkan Seksyen 380 Kaun Keseksaan dan Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1952.
“Pasangan itu direman selama enam hari bermula 26 Oktober hingga 31 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.